Semalam hari pertama aku bersama dengan pelajar aku, Tahun 4 Bestari, seramai 24 orang.
- Aku bahagikan mereka kepada 6 kumpulan kecil. Jadi, ada empat orang satu kumpulan.
- Aku agihkan sehelai kertas A4 kepada mereka.
- Aku memberi arahan:
- tambahkan haribulan kelahiran kumpulan anda.
- hasil tambah tersebut didarabkan dengan bilangan ahli kumpulan.
- kemudian, hasil darab tadi ditolak dengan haribulan kelahiran yang paling besar di kalangan ahli.
- selepas itu, bahagikan hasil tolah itu dengan bilangan ahli kumpulan.
Rasional aktiviti ini ialah:
- Dengan membahagikan murid kepada 6 kumpulan kecil, aku dapat mengingati nama mereka dengan bilangan yang telah dikecilkan. (ternyata berjaya)
- Dengan menggunakan operasi asas kepada kumpulan kecil, membolehkan aku melihat sejauh mana pemahaman dan penguasaan mereka dalam operasi ini.
Kesimpulan:
- murid aku ni lemah dalam operasi bahagi.
- untuk pendaraban pula, murid aku masih lagi merujuk pada buku sifir untuk menyelesaikan sifir.
Tindakan:
- galakkan mereka menghafal sifir macam tok2 guru aku selalu ajar.
- perbanyakkan latihan.
- mempermudahkan strategi.
0 comments:
Post a Comment