Ice Breaking-Birth Date

Semalam hari pertama aku bersama dengan pelajar aku, Tahun 4 Bestari, seramai 24 orang.
  1. Aku bahagikan mereka kepada 6 kumpulan kecil. Jadi, ada empat orang satu kumpulan.
  2. Aku agihkan sehelai kertas A4 kepada mereka.
  3. Aku memberi arahan:
  • tambahkan  haribulan kelahiran kumpulan anda.
  • hasil tambah tersebut didarabkan dengan bilangan ahli kumpulan.
  • kemudian, hasil darab tadi ditolak dengan haribulan kelahiran yang paling besar di kalangan ahli.
  •  selepas itu, bahagikan hasil tolah itu dengan bilangan ahli kumpulan.
Rasional aktiviti ini ialah:
  • Dengan membahagikan murid kepada 6 kumpulan kecil, aku dapat mengingati nama mereka dengan bilangan yang telah dikecilkan. (ternyata berjaya) 
  • Dengan menggunakan operasi asas kepada kumpulan kecil, membolehkan aku melihat sejauh mana pemahaman dan penguasaan mereka dalam operasi ini.
Kesimpulan:
  • murid aku ni lemah dalam operasi bahagi.
  • untuk pendaraban pula, murid aku masih lagi merujuk  pada buku sifir untuk menyelesaikan sifir.
Tindakan:
  • galakkan mereka menghafal sifir macam tok2 guru aku selalu ajar.
  • perbanyakkan latihan.
  • mempermudahkan strategi. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails