Pelik Tengok Abah Nyanyi..


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Hehe. Lagu ini. Aku ingat lagi masa aku tiba2 pelik napa semua guru aku masa aku sekolah rendah, berkumpul depan perhimpunan dan nyanyi lagu ni. Dengan penuh bersemangat lagi tau. Lagi2 abah aku. Hehe. Aku ingat lagi, mata aku tak lepas2 pandang abah aku yg tengah syok nyanyi lagu ni sampai bulu roma aku meremang tau. Menjadi pelik sebab selama ni asyik tengok cikgu2 mengajar, tiba2 hari ni, diorang menyanyi ramai2 depan perhimpunan.


Hehe. Tapi, bila aku dah besar, lagi2 bila dah masuk Maktab Perguruan yang kini telah dinaiktaraf sebagai Institut Perguruan , baru aku faham tentang lagu dan makna lagu ni. Lagu ni, lirik ni, serta melodi ni boleh menyuntik semangat aku untuk berbangga dengan tugas sebagai seorang guru.

Aku ingat lagi, 4 tahun lepas, aku telefon mak aku hanya untuk gitau kat mak tentang betapa aku mula rasa semakin bersemangat untuk menjadi seorang guru bila aku sendiri nyanyi lagu ini. Lirik ini, setiap lirik ini benar2 memberi makna dalam diri aku.

Dan setiap kalli, bibir aku menuturkan perkataan2 dalam lirik ini, sekali itu juga, semangat guru itu mengalir dalam darah aku, terus ke jantung dan hati aku....

Tapi, ermmm... bila dah habis nyanyi lagu ni, kejap je rasa semangat guru, lepas tu terus hilang (malu)... sbb tu baru aku faham, napa semasa penjajahan Jepun, Jepun suruh kita pagi2 nyanyi lagu Negara Jepun yg memuja Maharaja Jepun sambil menghadap mentari terbit iaitu untuk menyuntik semangat patriotisme...

Itulah peranan sesebuah lagu dalam jiwa kita. Lagi2 lagu negaraku, lagu negeri, lagu Institut, Lagu Sekolah dan sebagainya... Tapi alangkah sedihnya kalau2 ada di antara individu menyanyikan lagu2 ni dalam keadaan yang tak bersemangat..


Selamat Hari Guru buat kedua ibu bapaku, Nor Yani Ahmad dan Nasaruddin Ghazali, serta kepada semua guru yang telah  mendidik aku sehingga aku berada di sini. Terima kasih atas tunjuk ajar serta ilmu yang diberikan dan halalkan ilmu yang cikgu2 berikan. Maafkan salah silap saya semasa saya menuntut ilmu dengan cikgu2 sekalian.

SELAMAT HARI GURU LAGI.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails