Hati seorang kanak2...

Aku terbaca post sorang kawan di fb mengenai seorang kanak2 membeli sebuah hadiah cenderahati dengan menggunakan duit syiling yang banyak...

Dan aku teringat cerita kawan sepraktikum aku, Ana mengenai seorang anak muridnya yang enggan keluar rehat sebab hendak mengumpul duit...

Bila dikaitkan dua2 peristiwa ini, sebenarnya kanak2 ini menggunakan duit syiling hasil daripada simpanan mereka berlapar untuk membeli hadiah kepada gurunya... 

Sangat terharu sebab kami hanyalah guru praktikum...

Sangat terharu kerana hati seorang kanak2 sangat bersih dan suci dalam menilai perngorbanan insan yang mengajarnya dalam tempoh 3 bulan...

Tapi bagaimana hati kita ingin menjadi bersih dan suci serta ikhlas dalam mengajar segala ilmu yang kita perolehi?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails