- Untuk Matematik, memandangkan murid aku lemah dalam sifir, maka aku akan memperkenalkan alternatif lain untuk memudahkan mereka melakukan penyelesaian dalam pendaraban. Alternatif itu adalah "Petak Seratus". Aku ada 30 minit untuk berinteraksi dengan mereka pada hari Isnin ini.
- Untuk Bahasa Inggeris, aku telah mencipta satu lagi lagu baru berasaskan melodi, "Bunyi Binatang" untuk merangsang minat mereka untuk belajar topik baru. Topik baru hari Isnin akan datang ialah penggunaan Kata Ganti Diri (Pronouns). Aku mempunyai interaksi bersama murid aku selama 60 minit pada hari Isnin ini dan pada masa yang sama, pensyarah pembimbing aku akan membuat pra-penilaian.
Rindu Beb..
14 years ago
0 comments:
Post a Comment