He and She

Pocket Chat


Sing a Song

Sing a Song

Hari ini pensyarah aku membatalkan pernilaian beliau memandangkan kehadiran beliau diperlukan dalam mesyuarat. Walau bagaimanapun, aku teruskan pengajaran aku seperti yang telah dirancang.

1- Set induksi. Tidak berapa menggalakkan perbualan kerana seperti yang aku sedia maklum murid aku kurang faham dengan Bahasa Inggeris. Aku menanyakan soalan yang ringkas, "Do you have a friend?". Aku mengulangi soalan aku, bahkan aku turur menulisnya di papan hitam, tetapi tiada seorang pun yang menjawabnya. Mereka tahu makna "friend" tetapi tidak tahu makna perkataan yang seterusnya. Apabila aku mengungkaikan makna soalan aku, ada seorang murid perempuan yang mengangkat tangan dan menjawab, "Yes, I have a friend." Aku pun terus bertanya lagi, "What is your friend's name?" dan dia menjawab, "Your friend's name is Ain". Ada kesilapan sedikit pada kata ganti diri, tetapi ia merupakan satu petunjuk bahawa murid aku mula ada keyakinan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.

2- Presentation. Aku memanggil seorang murid di hadapan kelas, dan memulakan pertanyaan yang mudah, "Who is he?" seperti biasa murid aku senyap menyepi. Aku pun menulis soalan aku di papan hitam dan ada sebilangan murid aku yang faham lalu menjawab, "Danial." Aku mengajar mereka cara hendak menjawab dengan penuh, "He is Danial". Aku memanggil murid yang lain dan bertanyakan soalan yang sama. Pada peringkat presentation ini, murid kurang melibatkan diri.

3- Practice. Seperti biasa, aku telah mereka sebuah lagu untuk merangsang pengetahuan murid untuk menggunakan He dan She di tempat yang betul. Mereka sungguh suka menyanyi dan amat mengejutkan aku apabila mereka dapat menggunakan He dan She pada situasi yang betul. Sebagai contoh, aku meletakkan seorang murid perempuan di hadapan kelas, dan mereka boleh menggunakan She bukan He. Aku amat gembira dan menyimpulkan bahawa mereka belajar menerusi nyanyian.

4- Production. Aku mencipta satu aktiviti Subtitution Table dan menerus aktiviti ini murid aku perlu memilih perkataan yang sesuai dan meletakkan di tempat yang betul. Aku gembira kerana murid dapat membezakan penggunaan He dan She dengan baik.

5- Closure. Reading time. Aku menyuru murid membaca ayat demi ayat secara bergilir dan menerusi aktiviti ini aku mendapat terdapat murid yang masih tidak tahu lagi membaca atau menyebut perkataan dengan betul. Aku akan mengatasi kelemahan ini menerusi permainan atau nyanyian (learning through games)

Berita baik:
Nadiah dan Basyirah merupakan murid yang kurang berkeyakinan tinggi untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Biasanya mereka akan bercakap dalam nada yang perlahan dan tidak jelas selain daripada enggan melibatkan diri. Tetapi aktiviti nyanyian dan Subtitution table yang menggunakan nama mereka sebagai contoh merupakan satu rangsangan yang baik untuk menggalakkna pernglibatan mereka dalam kelas. Hari ini, Nadiah dapat bersuara dengan lantang dan jelas semasa membaca ayat dan Basyirah tidak lagi malu-malu untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Sememangnya ini merupakan perubahan yang positif dalam pengajaran saya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails