hari terakhir

Ye, ye, ye... Memang hari terakhir bersama murid-murid aku dan bersama warga sekolah, tetapi kenangan serta hubungan yang terikat tetap ada. Bukan aku seorang sahaja yang merasakan keseronokkan mengajar semasa praktikum kali ketiga ini, rupanya semua rakan seperjuangan aku di sekolah-sekolah lain pun turut merasakan kegembiraan dan tidak puas dengan tempoh masa 3 bulan ni. Sabar eh kawan2.. bulan 12 ni kita posting dan akan ada lebih kurang 30 tahun untuk kita berkhidmat dalam bidang perguruan ini. Hehe.

Jadi, semalam merupakan hari terakhir di sekolah, dan sudah tentu banyak hadiah yang aku dapat, tetapi masih tak dapat tandingi banyakknya hadiah dari dua rakan aku yang turut sama praktikum. Mereka lagi dapat banyak hadiah berbanding aku. Hehe.

Jadi, banyak2 hadiah tu, aku lebih suka baca surat cinta dari murid2 aku terutama mengenai diri aku. ye, ada yang menegur aku. Dan teguran yang aku paling tersentuh dan ingin berkongsi dengan kalian ialah, "Cikgu jangan masam2 muka, nanti cepat tua!"

Hehe. memang aku akui. Kalau aku dalam mood tak betul, terutama tengah marah budak, aku akan masam muka. Terkenang lak nasihat mak aku, supaya sentiasa maniskan muka bila bersama murid supaya mereka berasa seronok belajar dengan kita.

Itulah dia. Apa yang aku tau, bila kita nak mengajar, jangan cipta satau benteng yang tinggi antara kita dan anak murid kita. Contohnya, Jangan ada rasa benci dengan mereka, jangan marah2 tak tentu pasal, jangan serius sangat dengan mereka. Aku perlu ingat, mereka adalah budak yang hanya berumur 7-12 tahun, takkan kita nak mengajar mereka dengan style ala2 tentera, kan?

Jadi, tengoklah camne nanti. Aku pun tak mahir nk mengajar, mudah mudahan pengalaman yang aku timba selama 6 bulan praktikum ini serta pengalaman yang akan datang akan membantu aku untuk membina hubungan yang mesra denga murid bukannya benteng antara mereka, agar ilmu yang aku hendak sampaikan, disedut oleh mereka...

Hehe. Tahniah buat rakan2 seprjuangan yang telah pun tamat menjalani praktikum selama 3 bulan bagi sesi ketiga ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails