Banyak lagi perkara...

Banyak lagi perkara yang aku perlu baiki.

Sasaran utk Matematik: perkukuhkan basic asas darab, bykkan bahan konkrit, dn student centered.

Sasaran utk English: perbanyakkn vocabulary dan mantapkan pronunciation.

3 bulan praktikum tak cukup utk aku buat yg terbaik utk anak2 muridku.

Banyak lagi perkara yg perlu aku pelajari, dan perbaiki.

WOW!!! Sok dah mula ngaja =)

Tinggal beberapa jam je sebelum hari esok menjelma dan seperti biasa rutinku berubah dan perlu hadir ke sekolah dan meneruskan sesi P&P. Hm, aku ingat nak datang sekolah pagi ini untuk buat persediaan untuk esok. Jadi, untuk P&P esok, aku hendak membincang solan OTI bersama murid dan memberi hadiah kepada murid yang mempunyai pencapaian yang terbaik. =) hari persekolahan memenatkan tetapi cukup membahagiakan. Chaiyoookk Cikgu Nurul! Boleh buat punya! =)

Berikut adalah gambar-gambar buat tatapan diriku bila aku rasa down =)

Hehe... Masaakau menanda Matematik kertas 1. Terkejut juga tengok masih ada lagi murid sempat melukis =)

Semasa membuat kem motivasi di SK Bukit Diman

Aku dan rakanku, Adi Aiman membimbing Kumpulan Nenas

Rasa bahagia je bila ada orang haragai kite =)

Kenangan Terindah =)

Cuti Sekolah

Ye, cuti sekolah bermula dari 12 Mac sehingga 20 Mac. Budak2 cuti sekolah tapi cikgu2 tak cuti  mana pun =). Aku mengambil keputusan untuk balik ke Terengganu awal empat hari semata-mata untuk membuat persedianan untuk P&P selepas cuti. Almaklumla, murid2 dah pun selesai menduduki peperiksaan OTI 1, maka soalan perlu dibincang, dan pensyarah serta guru pembimbing akan datang menilai P&P kami guru pelatih.

Tambahann pula, tarik akhir kajian tindakan pula semakin dekat dan aku sememangnya tidak boleh menangguhkan kajian. =) Hmm, naik sekolah ni, semangat mesti UMMMPH dan kreativiti mesti semakin bertambah, k. Chaiyokk!

*ingat, teha. Banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.


UPDATE:
Baru je sampai rumah sewa rumah sewa di Gong Badak. Long day to go~

Maulidur Rasul

"Di saat kita sibuk meraikan ulang tahun kelahiran sahabat kita, adakalanya kita alpa dengan ulang tahun kelahiran Baginda s.a.w."

Pada 3 March 2010, sekolah aku mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Mengikut perancangan, kami akan berarak bersama murid dari sekolah ke masjid tetapi kami guru praktikum (5 orang semuanya) tidak dapat berarak sama kerana pemantau dari Institut datang memantau. Jadi, hm, kami kena mendahulukan apa yang patut. =)

Walaubagaimanapun, kawan praktikum aku sempat merakamkan gambar2 sebelum perarakan berlangsung.

Hehe. Sekadar tolong pegang je ni.

poster2 yang murid buat utk bertanding "poster tercantik"

ambang2 sebelum perarakan bermula...

penyampaian hadiah Poster Tercantik

berkumpul di dewan...

tema Maulidur Rasul 1431 H: MEMANTAP UKHWAH, MEMPERKASA UMMAH

Jom Beriadah!!!

Tiada kata yang setara untuk melahirkan perasaan gembira aku apabila selama dua jam aku meluangkan masa lepak2 bersama anak muridku di Pantai Teluk Ketapang. Banyak suka duka yang aku lalui dalam tempoh 2 jam tu. Tidak dapat dinafikan bahawa aku lebih mengenali mereka semasa di luar P&P berbanding semasa P&P berlangsung. Mereka juga tidak segan silu untuk bercerita pelbagai hal yang ada kalanya aku sendiri tidak mengerti dan bergurau senda bersama aku. Berbeza. Amat berbeza. Jika dalam kelas mereka hanya diam menyepikan diri atau sesekali mengangkat tangan untuk menjawab soalan, tetapi pada pagi itu kami hanya berbual dan bergurau serta berkejaran di atas pasir pantai. Kami menjadi mesra. Seperti akak dan adik.

Berikut adalah kenangan pada 27 Februari 2010 bersama anak-anak muridku:

sibuk buat penyu pasir...


ralit aku tgk diorang buat penyu pasir...


haha! time diorang kejar ketam...


5 orang murid yang lepak bersama ku...


Mek Dah amik pic kitg...

Umi amik pic kitrg...

Izzati amik pic ktrg...


Sabiha amik pic kitrg...


Haddah amik pic ktrg. Aku maintain jadi main character. Hehe.

*aku sedih sbb aku kehilangan murid yang paling aku sayangi sekali. Agak2 korang sape? tengokla sape yang rajin peluk aku =-( Cikgu rindu awak sgt2...
Related Posts with Thumbnails