sudah selesai

Ye, aku baru je selesai mengemaskini folder praktikum dan buku RPH. Maklumlah, pasni bolehlah kemas2 semua barang2 praktikum dan fokus pada kuliah. Tiba2 teringat pula perbualan aku bersama murid aku pada hari Khamis yang lepas.

Aku : Cikgu minta maaf sebab tak dapat bagi awak semua hadiah.
Umie: Ala, cikgu dah pun bagi hadiah sebenarnya.
Aku: (dengan nada hairan) aik, bila pulak cikgu bagi?
Umie: Cikgu bagi ilmu, kan?

Aku betul2 tersentak bila dengar Umie, anak murid aku menjawab macam tu... Hmm..

Maaf ye cikgu tak dapat bagi hadiah. Terima kasih atas hadiah awak semua ni. Cikgu hargai sangat2. Bulan 7 nanti cikgu datang lagi ye?
http://www.emoticonizer.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails