Standard Guru Malaysia

Hari ini waktu pagiku terisi dengan taklimat mengenai Standard Guru Malaysia yg diwarwarkan sebelum ini. Bagus juga ada SGM ini sbb bila ada satu garis panduan, barulah satu2 perkara tu berkualiti. Pendek kata SGM ni menggariskan kompetensi profesional yg patut dicapai oleh guru2, dan keperluan yg patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.. supaya dapat mbantu guru mencapai tahap kompetensi yg ditetapkan.. Skema pula ayat aku ni. Hehe... 

Jadi, dalam pertemuan lebih kurang sejam padi tadi, berakhir dengan arahan kami disuruh utk mengisi borang instrument SGM ni utk melihat diri kami ni dah mencapai tahap kompentesi yg digariskan atau belum. Jadi, aku pun buka laman web dan terus daftar dan selepas tu menjawab la instument SGM ni. (ada 70 soalan, tau.. jawab dengan jujur)

Hasilnya amat2 la mengejutkan. Serius, selepas ni, kalau mana2 pensyarah ketuk pale aku komen macam2, aku akan terima tanpa bantahan yg melampau macam dulu. Sebab ada 3 standard yg digariskan dalam SGM ni iaitu standard 1: Amalan Nilai Profesional Perguruan, standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman, standard 3: kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran, dan setiap standard2 ni tersenarai kelemahan2 aku dalam standard2 tertentu..

Sebagai contoh; standard 1 ttg Amalan Nilai Professional Perguruan.. Kelemahan aku yg dibaiki ialah domain diri, domain professional dan domain sosial.

Utk standard 2: ada 7 aspek yg perlu dibaiki utk mncapai standard guru  malaysia dan 4 aspek yg perlu diperbaiki utk standard 3.

Sangat2 banyak kelemahan dalam diri ini. Tapi tak pe, dengan pengalaman2 yg lepas dan akan dibantu dengan pengalaman akan datang, Insya Allah, aku akan dapat perbaiki diri aku dan kualiti diri aku utk mancapai tahap kompetensi yg digariskan oleh SGM ni.

Kalau ada guru2 atau guru pelatih nk cuba menjawab isntrument SGM ni, sila klik di sini. Ingat, anda perlu mendaftar dulu ye.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails