Kabus ke ni?

Dah lama nk cite ttg benda ni walaupun dah lepas. Maklumlah sekarang dah masuk bulan Mei, pastu peristiwa ni berlaku masa bulan April lagi... April 13..

Masa ni aku tunggang moto macam biasa dari Gong Badak sampailah ke ke Maras.. Tiba2, bila masuk Pechah Rotan, tiba2 je aku terpaksa buka visor sbb langsung tak nampak jalan.. Macam kabus...Macam jerebu.. Tapi bile benda putih ni masuk dalam lubang hidungku, aku rasa sesak dada..

Tapi aku masih was2 lagi, tetap lagi menunggang Kriss tapi dengan kelajuan 60km/jam.. Sampai je di perkarangan sekolah, aku rasa macam dah cam je bau ni sbb bau benda putih ni familiar je dengan hidung aku. Tambah2 lak, benda putih ni makin tebal bila aku mendekati sekolah..

Sebaik je aku parking motor, aku pun tanya budak sekolah, napa ni? Asap ke, kabus? Budak2 sekolah pun cerita, hutan terbakar, cikgu..

Dan aku pun dengar je la cerita pelbagai variasi dari murid aku... Yang aku diberitahu ada ladang kelapa saawit terbakar dek panas kering kontang semalam..

-Masa aku parking moto. Langsung tak nampk bentuk padang-

-Snap sket pic aku atas moto-



-Muka blur-



-rupanya ada kebakaran yang mengakibatkan asap masih menyelubungi awal pagi-

0 comments:

Related Posts with Thumbnails