Jom Beriadah!!!

Tiada kata yang setara untuk melahirkan perasaan gembira aku apabila selama dua jam aku meluangkan masa lepak2 bersama anak muridku di Pantai Teluk Ketapang. Banyak suka duka yang aku lalui dalam tempoh 2 jam tu. Tidak dapat dinafikan bahawa aku lebih mengenali mereka semasa di luar P&P berbanding semasa P&P berlangsung. Mereka juga tidak segan silu untuk bercerita pelbagai hal yang ada kalanya aku sendiri tidak mengerti dan bergurau senda bersama aku. Berbeza. Amat berbeza. Jika dalam kelas mereka hanya diam menyepikan diri atau sesekali mengangkat tangan untuk menjawab soalan, tetapi pada pagi itu kami hanya berbual dan bergurau serta berkejaran di atas pasir pantai. Kami menjadi mesra. Seperti akak dan adik.

Berikut adalah kenangan pada 27 Februari 2010 bersama anak-anak muridku:

sibuk buat penyu pasir...


ralit aku tgk diorang buat penyu pasir...


haha! time diorang kejar ketam...


5 orang murid yang lepak bersama ku...


Mek Dah amik pic kitg...

Umi amik pic kitrg...

Izzati amik pic ktrg...


Sabiha amik pic kitrg...


Haddah amik pic ktrg. Aku maintain jadi main character. Hehe.

*aku sedih sbb aku kehilangan murid yang paling aku sayangi sekali. Agak2 korang sape? tengokla sape yang rajin peluk aku =-( Cikgu rindu awak sgt2...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails