Multiplication Table

Murid saya menghadapi masalah untuk menghafal sifir, salah menambah dalam pendaraban dan cuai. Dua minggu saya mengajar tajuk yang sama, maka saya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Petak Seratus kepada murd saya supaya mereka dapat mengukuhkan fakta asas darab mereka.

Menerusi Petak Seratus ini, saya akan menggalakkan mereka untuk mengisi Petak Seratus dalam tempoh dua minit. Selepas itu, saya akan menyediakan satu latihan pendaraban dan mereka boleh mnyelesaikan masalah pendaraban dengan menggunakan Petak Seratus ini. Pada masa yang sama saya akan menyediakan satu bahagian untuk mereka menggunakan kaedah pendaraban seperti biasa dan satu bahagian yang lain menggunakan strategi Lattice. Selepas itu, saya akan menilai keberkesanan Petak Seratus dalam mengurangkan kecuaian murid dalam pendaraban dan seterusnya melihat kepada implikasinya terhadap strategi pendaraban yang digunakan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails