Ice Breaking-Simple Conversation

Aku mungkin bertuah sebab ditugaskan untuk mengajar murid-murid tahun dua seramai 15 orang. Hari pertama, aku ingin berkenalan dengan mereka dengan cara yang unik. Aku telah mencipta satu perbualan yang mudah untuk memperkenalkan diri apabila bertemu dengan kawan baru seperti ini:


Ani         : What is your name?
Siti          : My name is Siti.
                 What is your name?
Ani         : My name is Ani.
                 I live at Kampung Pechah Rotan.
Siti          : I live at Kampung Pechah too.
Ani         : That is nice. We can be friend.

  1. Aku memperkenalkan diri aku. Selepas itu, aku mengajar mereka untuk membaca dan menyebut perbualan ini dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  2. Aku memanggil sukarela untuk tampil di hadapan kelas untuk melakonkan simulasi perbualan tersebut.
  3. Ternyata ada dua orang sukarelawan yang sudi untuk melakonkan simulasi perbualan ini.
  4. Setiap murid perlu melakonkan simulasi ini.
  5. Pada masa interaksi, aku memperbetulkan intonasi dan sebutan mereka sekiranya terdapat kesilapan.
  6. Setiap selesai simulasi, aku menggalakkan mereka dengan memberi tepukan bersama kelas.
Kesimpulan:
  • terdapat 3 orang murid yang enggan membuka mulut.
  • ada 2 orang murid yang faham dan boleh menyebut sebutan Bahasa Inggeris dengan betul.
Rasional:
  • memudahkan aku untuk mengingati nama mereka kerana mereka akan melakonkan simulasi perbualan itu dengan menggunakan nama sebenar mereka.
  • aku dapat mengetahui sejauh mana penguasaan dan kefasihan mereka dalam Bahasa Inggeris.
Soal Selidik secara tidak rasmi:
aku mendapati, murid2 aku:
  1. malu untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.
  2. tidak faham maksud perkataan.
  3. tidak tahu membaca.
  4. tiada keyakinan yang tinggi untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. 
Tindakan:
  • selepas ini, aku akan usahakan untuk membuat aktiviti yang melibatkan permainan dan menyanyi untuk meningkatkan keyakinan murid serta mengurangkan malu mereka.
  • aktiviti yang berulang supaya mereka mempunyai banyak perbendaharaan kata yang pelbagai. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails