darab 10 dan darab 100..

Cikgu dulu2 selalu kata, kalau darab dengan 10 atau darab dengan dengan 100, salin je nombor tu kemudian tambahkan dengan satu 0 atau dua 0 kalau darab dengan 100. Murid pun buat tanpa sebarang pembinaan pengetahuan. (without constructing knowledge)

jadi, untuk itu, aku telah menyediakan satu senarai nombor yang didarab dengan 10, kemudaian aku menyuruh murid aku menyelesaikan pendaraban itu dengan menggunakan kaedah darab seperti biasa. Selepas mereka selesai, saya menyuruh mereka melihat kepada pola nombor (hasil jawapan) dan mereka seraya berkata, setiap jawapan nombor sama dan terdapat satu kosong di belakangnya.

Kemudian saya memberi senarai nombor yang didarab dengan 100, dan jawapan yang diberikan oleh mereka, semua jawapan nombor sama tetapi belakangnya ada dua 0.

Aku pun tanya kepada mereka, apakah yang kamu dapat simpulkan dan mereka menjawab,
kalau darab dengan 10, jawapannya ada satu 0.
kalau darab dengan 100, jawapannya ada dua 0.

aku pun tanya lagi, kalau darab dengan 1000?
mmmmm... jawapannya ada tiga 0..

Jadi, dengan ini murid telah pun membina pengetahuan baru mengenai pendaraban dengan 10, 100 dan 1000 tanpa sebarang "makan suap" oleh guru lagi... =)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails